Pengalaman Ujian Medsi & Temuduga UPSI 2019

Assalamualaikum, hi gais✋πŸ’“

okay, sekarang ni kan musim temuduga untuk universiti kan? So, harini aku nak share sikit pasal pengalaman temuduga aku kat UPSI πŸ‘€πŸ’•


first of all, UPSI adalah pilihan pertama aku masa isi UPU haritu. Sebab memang aku suka jadi cikgu wehπŸ’ͺπŸ˜† even ya aku tahu banyak sebenarnya cabaran untuk jadi cikgu cikgi ni😁 tapi, takpe. Kalau ada rezki takkemana, kan? 😘


okay, first nak masuk UPSI ni, korang kena lalui Ujian Medsi. tapi, korang lek lek je kalau Ujian Medsi ni. sebab ni just korang kena jawab dekat komputer je. soalan pun pasal diri korang, sebab diorang nak tahu macam mana personaliti korang, layak tak korang jadi cikgu
πŸ˜‡ 

so, ni slip Ujian Medsi yang korang akan dapat kalau lulus. ☝πŸ’š





time Ujian Medsi, aku kena buat dekat UPSI, so aku gi sehari awal lah ke Perak sebab Ujian Medsi aku pukul 8 pagi. ada kawan - kawan aku kena buat kat UUM. ikut zon pilihan korang lah. πŸ˜…

then, selang 2 atau 3 minggu camtu, keputusan temuduga pun keluar. πŸ’™


kalau korang lulus Ujian Medsi, korang akan dapat cenni lak. ☝πŸ’›

and macam ni ☝πŸ’œ

Alhamdulillah, aku layak untuk ke temuduga. yang temuduga ni lah, jantung aku start dup dap dup dap takde arah ni πŸ˜‚ aku prepare lah serba sedikit maklumat pasal pendidikan, misi dan visi upsi, kssr, kbat, nama menteri - menteri and so on.

then, tibalah hari yang ditunggu... Rabu - 19 Jun 2019 - hari temuduga aku.

aku keluar dari homestay pukul 12, then kami gi makan dulu. then solat zohor kat masjid UPSI tu.

ha, ni lah masjid kat UPSI tu, cantik kan? 😍 aku ambik gambar ni kat GOOGLE, sebab aku tangkap sekerat je gambar.

lepas solat zohor, aku gi lah dekat blok 08, sebab aku kena blok 08. ramai gila weh orang. aku tengok orang pun dah kecut πŸ˜†

then, aku terus naik atas tunggu turn. lepastu sambil tunggu tu, aku jumpa lah 5 orang geng satu kepala πŸ˜† dari Pahang, Terengganu, Perak. diorang pun masuk air gak! πŸ˜‚

sembang punya sembang, nama aku pun dipanggil bersama lagi 4 orang calon temuduga. yep, temuduga ni dalam group, dah takde dah individual punya.

masuk je bilik tu, penemuduga aku 2 orang, dua - dua perempuan. first nampak garang, padahal tak pun. sporting gila. so, korang! doa la semoga dapat penemuduga yang sporting πŸ˜† 

first soalan penemuduga suruh cerita pasal latar belakang korang. dalam bahasa inggeris. aku pun speaking macam duk kat London lah πŸ˜† HAHAHA takdelah gurau je. 

soalan kedua, soalan LGBT, apa kesan LGBT and macam mana nak elak LGBT. nak dijadikan ceritan punyalah berpuluh puluh tajuk aku baca, LGBT je dia tanya. aku dah lah memang tak study tajuk ni. kecut gak ah weh πŸ˜„ tapi, aku jawab je la apa yang aku tahu.

lepastu, penemuduga suruh aku mengajar guna whiteboard belakang tu. disebabkan aku ambik kos Arab ( ya ya je aku padam nama kos kat slip, at last kena bagitau jugak HAHAHA ) so aku kena mengajar diorang Arab. cuak aku weh, aku prepare tajuk lain tup tup diorang suruh aku ajar tajuk lain. mula mula tu, ada gak gagap. terkeluar bahasa inggeris. frust gila dengan lidah aku waktu tu πŸ˜‚ aku buat je la muka tak malu . 

soalan last diorang tanya, siapa menteri besar ......... ( negeri yang kita tinggal. cth: Kelantan, Kedah, Terengganu and so on).

Alhamdulillah, aku sempat google sebelum masuk bilik tu tadi. aku pun jawab lah nama beliau. 

ha tu je la soalan yang aku dapat. Alhamdulillah dipermudahkan. 

p/s : korang doakan aku dapat UPSI eh, nanti boleh aku share lagi pasal UPSI heheπŸ˜†πŸ’“

okay tu je. bye. thank you sebab sudi baca.

Assalamulaikum, good luck gais! πŸ’“







Comments

  1. salam nak tanye, akak ambil kos bahasa arab dengan pendidikan ke?

    ReplyDelete
  2. Thanks akak, sya dpt temuduga tpi takut2 nk pergi. Sya bca ni baru sya rasa berani sikit. Thanks!!!

    ReplyDelete

Post a Comment